Tuesday, 4 November 2014

SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET (3.0 PROTOKOL)

SELAMAT DATANG KE BLOG PLUG TMK KUMPULAN 3 PPDKK


AHLI KUMPULAN KAMI:
  • KONG SIEW LIN (SJKC ST PETER TELIPOK)
  • JANE JOSEPH (SK LOK YUK INANAM)
  • MOHD FAUZI BIN PELAH (SK TANJUNG ARU 1)
  • OLIVIA RAJATIN (SK TEBOBON)
  • NOR RUSLI B. MUSTAFA KAMAL (SK KITOBU)
  • ALADDY NYUK .C .S (SK LUYANG)
  • MUHD NASIP ABDULLAH (SK PENGIRAN SITI HAFSAH)
  • AMIRUDDIN PALEMPOI (SK LIKAS)


3.1 Definisi Tcp/Ip
Protokol Internet (IP) dan TCP (Protokol Kawalan Penghantaran) pada asasnya adalah set peraturan (protokol) untuk satu rangkaian berkomunikasi dengan rangkaian lain dalam penghantaran data antara komputer.
Bagaimana Data Dapat di Hantar Melalui Internet?
Data dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang kecil yang dikenali sebagai paket, ini membolehkan pergerakan data lebih efisien melalui Internet. Data-data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Paket yang diterima akan dikumpulkan semula dalam susunan yang betul menjadi data. Bagi TCP/IP laluan di mana paket dihantar melalui Internet adalah tidak penting. Sekiranya mesej dihantar ke Korea, paket yang pertama mungkin melalui Thailand, manakala paket kedua mungkin melalui laluan satelit China. TCP/IP akan memastikan bahawa paket sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan disusun semula walaupun paket pertama sampai lebih lambat daripada paket kedua.

Rajah 3.0 : Penghantaran Data Melalui Internet


 TCP/IP adalah sebuah program dua-lapis. 
1. Lapis lebih tinggi iaitu Protokol Kawalan Penghantaran (TCP), mengendalikan penterjemahan dari data menjadi paket yang lebih kecil. Paket ini ditransmisikan melalui Internet dan diterima oleh lapis TCP (komputer destinasi) yang diterjemahkan kembali paket ke data yang asal.
2. Lapis yang lebih rendah iaitu Protokol Internet (IP) mengawal alamat IP dari setiap paket sehingga sampai ke tempat yang dituju dengan betul. Setiap komputer perlu mempunyai satu alamat IP yang unik. Dengan alamat IP yang unik, komputer yang berada dalam Internet boleh dikenali tanpa mengira di mana komputer tersebut berada.

3.2   Penerangan Kepada Alamat IP
Internet adalah sebuah kombinasi sambungan dari banyak komputer di dunia. Dalam berkomunikasi, komputer-komputer yang berhubung memerlukan alamat supaya data dapat dihantar ke tempat yang betul. Alamat tersebut menjadi pengenalan diri bagi sesebuah komputer bertujuan mengenali komputer yang mengirim data kepadanya dan sebaliknya.

Definisi Alamat IP 
Alamat IP merupakan singkatan dari alamat Internet Protokol. Pengertian alamat IP adalah suatu identiti numerik yang dilabelkan kepada suatu alat seperti komputer, penghala atau pencetak yang terdapat dalam suatu jaringan komputer yang menggunakan Internet Protokol sebagai cara komunikasi. Alamat IP memiliki dua fungsi:
1. Sebagai alat identifikasi hos atau antaramuka pada jaringan
Fungsi ini digambarkan sebagai nama orang untuk mengenali siapa orang tersebut. Dalam jaringan komputer berlaku hal yang sama.

2. Sebagai alamat lokasi jaringan
Fungsi ini digambarkan seperti alamat rumah kita yang menunjukkan lokasi kita berada. Untuk memudahkan pengiriman paket data, maka alamat IP memuat informasi destinasi. Ada laluan yang harus dilalui agar data dapat sampai ke komputer yang dituju.

Alamat IP dibentuk daripada 32 bit binari (1 atau 0) yang dibahagikan ke dalam 4 octet. Setiap octet ditukarkan ke dalam nombor decimal dengan setiap satu di antara 0 hingga 255 dan dipisahkan dengan titik.

Contoh alamat IP:



Kelas alamat IP:
Kelas A: 1.0.0.0 – 127.255.255.255
Octet 1







Octet 2







Octet 3







Octet 4







1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
0































Net id







Nod id
























Kelas B: 128.0.0.0 – 191.255.255.255
Octet 1







Octet 2







Octet 3







Octet 4







1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
0






























Net id















Nod id
















Kelas C: 192.0.0.0 –223.255.255.255
Octet 1







Octet 2







Octet 3







Octet 4







1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
2
3
4
5
6
7
8
1
1
0





























Net id























Nod id







Istilah-istilah kelas ini jarang digunakan dengan pengenalan classless interdomain routing (CIDR).

Nama Domain (Domain Name)
Nombor IP sukar untuk diingati, Internet membolehkan perwakilan nombor alamat IP dalam bentuk teks yang dikenali sebagai nama domain. Seperti alamat IP, nama domain juga dipisahkan dengan titik. 




3.3 Perbezaan Antara DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) Dan Fixed IP(IPStatik)

Definisi IP Statik
IP statik ialah memasukkan alamat IP secara manual bagi setiap peranti dalam rangkaian. Alamat perlu diperuntukkan dengan berhati-hati supaya setiap peranti mempunyai alamat yang tidak bertindih. Apabila anda menyambung peranti baru, anda perlu memilih "manual" bagi pilihan konfigurasi dan masukkan alamat IP, subnet mask, default gateway dan DNS server (s).


Rajah 3.1: Protokol Internet

Definisi DHCP 
DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) adalah protokol komunikasi yang membolehkan pentadbir rangkaian secara berpusat mengurus dan automatik memberikan alamat IP yang unik untuk setiap komputer dalam rangkaian organisasi. Tanpa DHCP, alamat IP perlu dimasukkan secara manual pada setiap komputer dan alamat IP yang baru perlu dimasukkan setiap kali komputer bergerak ke lokasi baru dalam rangkaian.

Fungsi DHCP
Apabila DHCP diaktifkan, peranti baru disambungkan kepada rangkaian meminta pelayan DHCP untuk alamat, dan pelayan memberikan alamat yang lokasi yang tidak digunakan. 
Pelayan DHCP menjejaki alamat yang digunakan, alamat yang sedia ada, dan menyimpan rekod alamat yang telah diberikan kepada pelbagai peranti. Ini memastikan bahawa alamat tidak bercanggah antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, peranti yang di luar talian (offline), jika bersambung kembali berkemungkinan tidak akan mempunyai alamat IP yang sama.


DHCP
IP Statik
     Protokol memberikan alamat IP secara automatik
     Elemen tertentu dalam rangkaian yang mendapat alamat IP yang sama sepanjang masa
     Keutamaan memberikan alamat IP dinamik tetapi ia juga boleh digunakan untuk memberikan alamat IP statik
     Tidak boleh memberikan alamat IP dinamik
     Digunakan dalam wireless access points
     Jika digunakan dalam wireless access points akan banyak gangguan
     Digunakan dalam kebanyakan rangkaian kerana ia mudah
     IP statik masih diperlukan untuk kes-kes tertentu

Jadual 3.1: Perbezaan IP Statik dan DHCP

No comments:

Post a Comment